Perihal kami
ClinLife ialah sebuah laman web percuma dan mudah digunakan yang membantu pesakit di seluruh dunia mencari kajian klinikal yang paling berkaitan dan sesuai dengan keadaan perubatan mereka. Laman yang menyenaraikan semua kajian yang tersedia berdasarkan bidang penyakit atau keadaan perubatan ini menyediakan perkaitan yang penting antara tapak penyelidikan dengan mereka yang mencari kajian penyelidikan klinikal.
Mengapa kami memulakan ClinLife?
Tujuan awal ClinLife adalah untuk memudahkan pesakit di seluruh dunia mencari kajian penyelidikan klinikal, dan tujuan ini kekal sehingga hari ini. Tanpa penyelidikan klinikal, maka tiadalah ubat-ubatan baharu. ClinLife didorong oleh faktor-faktor berikut:
Kelewatan
Kekurangan peserta dalam penyelidikan klinikal: Sehingga 80% daripada kajian penyelidikan klinikal tertangguh akibat jumlah pendaftaran pesakit yang rendah. Masalah pendaftaran ini membawa kepada kelewatan dalam menyediakan ubat-ubatan baharu.
Kurang penyertaan
Penyelidikan terkini menunjukkan bahawa kurang daripada 10% orang awam mengambil bahagian dalam kajian penyelidikan klinikal.
Kurang kesedaran
Kadar penyertaan yang rendah dalam kajian penyelidikan klinikal seringkali dikaitkan dengan tahap kesedaran yang rendah dalam kalangan pesakit dan doktor mereka, serta kurangnya pemahaman asas tentang cara penyelidikan klinikal dijalankan dan diselia oleh pihak berkuasa kawal selia.
Permintaan tinggi
Penyelidikan klinikal terdesak memerlukan sukarelawan dari kalangan pesakit memandangkan terdapat banyak ubat baharu yang berpotensi memenuhi keperluan penyakit kronik, penyakit akut dan penyakit yang jarang dijumpai terus membanjiri senarai rancangan pembangunan ubat-ubatan.
Pencapaian ClinLife
Kajian ClinLife pertama (diabetes jenis 2) telah dijalankan pada tahun 2005 di Berlin, Jerman. Hari ini, ClinLife tersedia di lebih 50 buah negara dan lebih 35 bahasa serta telah berjaya menghubungkan pesakit kepada lebih daripada 1,200 ujian klinikal.
2005 - ClinLife diasaskan
2008 - 1 juta pelawat ClinLife setiap tahun
2015 - 500,000 ahli ClinLife berdaftar di seluruh dunia
2018 - 1,000 ujian klinikal berjaya disokong
2021 - 1,200 ujian klinikal, 1.4 juta ahli & rakan kongsi dengan lebih 100 pusat kajian di AS sahaja
ClinLife diasaskan dan dikendalikan oleh Clariness, sebuah syarikat bebas yang berpangkalan di Zurich, Switzerland, dengan anak syarikat yang beroperasi di Jerman, Amerika Syarikat dan UK.