Terma & Syarat Penggunaan
Menggunakan dan mengakses laman web ini adalah tertakluk kepada Terma & Syarat yang berikut. Jika anda tidak bersetuju dengannya sila jangan gunakan laman web ini. Dalam menggunakan laman web ini, anda dianggap bersetuju dengan Terma-terma & Syarat-syarat Penggunaan ini. Laman web ini dibangunkan dan dikendalikan oleh Clariness GmbH. Kami berhak untuk membuat perubahan pada laman web ini dan Terma-terma & Syarat-syarat Penggunaan ini dan/atau untuk menggantung operasi laman web ini, sebahagiannya atau sepenuhnya, pada bila-bila masa tanpa notis. Anda bertanggungjawab untuk menyemak perubahan secara tetap. Oleh itu, kami meminta agar setiap kali anda mengunjungi laman web ini, anda baca Terma-terma & Syarat-syarat Penggunaan ini sekali lagi dan menyedari tentang sebarang perubahan penambahan. Jika anda terus menggunakan laman web ini selepas perubahan telah diterbitkan, anda dianggap telah menerima dan bersetuju dengan perubahan tersebut.
Clariness GmbH dengan ini akan dirujuk sebagai “ClinLife”.
ClinLife memberi anda lesen peribadi, asas, tidak boleh pindah milik untuk mengakses dan menggunakan laman web ini dengan syarat anda mematuhi Terma-terma & Syarat-syarat Penggunaan ini.
Kandungan
Semua maklumat, dokumen dan pernyataan yang diterbitkan di laman web ini (selepas ini dirujuk sebagai “kandungan”) adalah harta ClinLife atau pemberi lesennya. Kebenaran untuk menggunakannya diberikan, dengan syarat bahawa, (i) notis hak cipta kelihatan pada semua salinan, (ii) maklumat itu hanya digunakan untuk penggunaan peribadi dan bukan untuk eksploitasi komersil, (iii) kandungan itu tidak diubah dengan apa-apa cara dan (iv) semua representasi laman web hanya digunakan bersama-sama dengan teks yang berkaitan.
Penggunaan Laman Web
Sekiranya anda berumur kurang daripada 18 tahun, anda hanya boleh menggunakan laman web dan perkhidmatan ClinLife di bawah pengawasan ibu bapa atau penjaga.
Anda tidak dibenarkan untuk mengambil langkah yang tidak munasabah atau terlalu menekankan atau merosakkan infrastruktur laman web atau sistem yang berkaitan.
Anda hanya perlu menggunakan laman web dalam sedemikian cara yang tidak mempengaruhi fungsinya yang betul, khususnya, anda tidak boleh menggunakan sebarang peranti, perisian atau atur cara yang berisiko mempengaruhi laman web dengan cara ini.
Anda tidak dibenarkan untuk menggunakan laman web atau perkhidmatan yang ditawarkan untuk tujuan yang menyalahi undang-undang, yang dilarang oleh Terma-terma & Syarat-syarat Penggunaan ini atau untuk menjalankan aktiviti haram atau aktiviti lain yang melanggar hak orang lain atau ClinLife.
Anda tidak dibenarkan untuk menyamar sebagai orang lain, membuat pernyataan yang salah tentang keadaan peribadi dan fakta anda atau membuatnya keliru dalam sesuatu cara lain. Anda bertanggungjawab bagi ketepatan semua maklumat yang anda hantar ke ClinLife dan juga bertanggungjawab untuk memastikan ini tidak melanggar hak pihak ketiga.
Anda tidak dibenarkan untuk menggunakan kata laluan dan/atau maklumat pendaftaran orang lain tanpa persetujuan nyata mereka. Anda mesti menyimpan kata laluan dan maklumat pendaftaran secara rahsia dan segera memaklumkan ClinLife sekiranya berlaku penggunaan yang tidak dibenarkan. Anda mungkin akan bertanggungjawab ke atas kerugian yang ditimbulkan akibat penggunaan kata laluan dan/atau maklumat pendaftaran anda yang tidak dibenarkan.
Cap Dagangan dan Hak Cipta
Semua tanda dagangan, reka bentuk dan logo di laman web ini adalah milik ClinLife, melainkan hak pihak ketiga telah dikenal pasti atau ditetapkan sebegitu dalam cara lain. Tiada apa-apa yang terkandung dalam laman web ini boleh dilihat memberikan lesen atau hak untuk menggunakan tanda dagangan, reka bentuk atau logo tanpa kebenaran bertulis yang nyata daripada ClinLife. Penggunaan tanpa kebenaran, cap-cap dagangan, reka bentuk-reka bentuk dan logo-logo ini adalah dilarang sama sekali dan mencerminkan pelanggaran undang-undang hak cipta, undang-undang tanda dagangan atau undang-undang harta intelek lain.
Perlindungan Data
Dasar Perlindungan Data ClinLife diguna pakai untuk menggunakan laman web ini dan isinya adalah bahagian yang diperuntukkan daripada Terma-terma & Syarat-syarat Penggunaan ini. Dasar Perlindungan Data boleh ditemuidi sini. Dalam menggunakan laman web anda mengakui dan bersetuju bahawa penghantaran melalui Internet sama sekali tidak peribadi atau selamat. Anda menyedari bahawa semua mesej atau maklumat yang anda hantar ke laman web ini boleh dibaca oleh orang lain atau dipintas, walaupun dinyatakan bahawa penghantaran disulitkan.
Berhubung dengan data bukan peribadi, pengguna bersetuju bahawa ClinLife akan menyimpan maklumat ini dan menggunakannya untuk analisis statistik atau alasan komersil lain yang dinyatakan.
Sekatan Liabiliti
ClinLife telah menyusun maklumat pada laman web ini dari sumber dalaman dan luaran sepanjang pengetahuan dan penghakimannya dan dengan usaha wajar yang profesional. ClinLife tidak menganggap sebarang liabiliti (sama ada nyata atau tersirat) untuk ketepatan atau kesempurnaan maklumat pada laman web ini atau untuk operasi laman web yang berterusan.
Sila ambil perhatian bahawa maklumat pada laman web adalah semasa pada hari ia diterbitkan tetapi kini boleh menjadi lapuk. Oleh sebab itu, anda harus mengesahkan apa-apa maklumat yang anda telah temui pada laman web sebelum anda menggunakan maklumat sedemikian dalam apa jua cara pun.
Sila hubungi kami secara langsung jika anda memerlukan sebarang nasihat atau arahan khusus mengenai perkhidmatanClinLife.
Dalam menggunakan laman web ini, anda mengakui bahawa anda mengakses laman web ini dan kandungannya dengan risiko anda sendiri. ClinLife atau pihak ketiga yang tidak terlibat dalam penciptaan, pengeluaran atau penghantaran laman web ini adalah tidak bertanggungjawab ke atas kerugian atau kecederaan yang berlaku daripada mengakses atau tidak dapat mengakses laman web ini, menggunakan atau tidak dapat menggunakan laman web ini atau dalam keadaan di mana anda bergantung pada maklumat yang terkandung dalam laman web ini.
Menggunakan laman web ini dan mengambil bahagian dalam kajian perubatan tidak menjadi pengganti kepada diagnosis dan rawatan penyakit atau keadaan lain oleh doktor dan/atau ahli farmasi. Menggunakan laman web ini, termasuk mengambil bahagian dalam kajian perubatan, juga tidak bertujuan untuk menyembuhkan, mengurangkan, merawat atau mencegah penyakit. Sila bercakap dengan doktor dan/atau ahli farmasi anda sebelum membuat keputusan untuk mengambil bahagian dalam kajian. ClinLife tidak bertanggungjawab bagi keputusan yang anda telah buat semata-mata pada maklumat yang diberikan oleh ClinLife tanpa berunding dengan doktor/ahli farmasi anda.
Tapak web dari Penyedia/Pautan Pihak Ketiga
Laman web ini mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga. Pautan-pautan ini ke laman web pihak ketiga tidak bermakna bahawa ClinLife meluluskan kandungan mereka. ClinLife tidak bertanggungjawab ke atas ketersediaan atau kandungan laman web tersebut dan tidak bertanggungjawab bagi kerugian atau kecederaan yang berlaku daripada penggunaan kandungan tersebut, tanpa mengira jenis. Pautan ke laman web lain hanyalah disediakan untuk kemudahan mereka yang menggunakan laman web ini. ClinLife tidak memikul tanggungjawab bahawa pautan memberikan kualiti maklumat yang sama pada topik seperti ketika pautan dicipta. Pengguna menyambung ke laman-laman web ini dengan risiko mereka sendiri. Pemilihan pautan tidak boleh mengehadkan anda dalam apa jua cara pun kepada maklumat pada laman web yang dipautkan.
Pengguna Antarabangsa
Laman web ini dikawal, dikendalikan dan diselenggarakan oleh ClinLife di Hamburg, Negeri Jerman. Ia direka bentuk untuk penggunaan antarabangsa. Walau bagaimanapun, ClinLife tidak menjamin bahawa maklumat pada laman web ini betul di seluruh dunia, khususnya berkaitan dengan peraturan, pengawalseliaan dan undang-undang yang berkuat kuasa. Jika anda mengakses laman web ini dan/atau memuat turun kandungan daripadanya, anda sendiri bertanggungjawab untuk memastikan sama ada ini konsisten dengan undang-undang tempatan yang berkuat kuasa di tempat kediaman anda.
Undang-undang yang Berkuat Kuasa, Tempat Bidang Kuasa
Terma-terma & Syarat-syarat Penggunaan ini ditadbir semata-mata oleh undang-undang Negeri Jerman.
Sekiranya pengguna adalah peniaga berdaftar [Kaufmann], orang yang sah di bawah undang-undang awam atau dana khas undang-undang awam atau tidak mempunyai bidang kuasa umum di Negeri Jerman, adalah dengan ini dipersetujui bahawa mahkamah berwibawa di tempat pejabat berdaftar ClinLife hendaklah mempunyai bidang kuasa ke atas semua pertikaian yang berkaitan dengan penggunaan laman web ini. Dalam kes-kes lain, mahkamah berwibawa di tempat kediaman/pejabat berdaftar defendan hendaklah mempunyai bidang kuasa am.
Sekiranya mana-mana peruntukan Terma-terma & Syarat-syarat Penggunaan ini menjadi atau tidak sah, ini tidak akan menjejaskan kesahan baki Terma & Syarat Penggunaan.
Terakhir dipinda: 10/2017